LOVE IN RABBI
tak kenal , maka tak cinta !

Assalamualaikum! Boleh panggil Ain :)Ujian itu indah kerana ia adalah penghapus dosa . Untuk mengenali diri ini , jenguk2lah blog ini . Kalau ada yang silap , tegurlah :)


Entries About Linkies Stuff


Chatting Box

Your rules
Your rules
Your rules
Your rules

Code CBox SINI!

Credit

Template: Safira Nuril Izzah
Template: Intan and Yaya
Others:   


RINDU~

Assalamualaikum :D Apa khabar ? Rasanya macam dah lama tak update blog . Lama ke ? bolehla kan ? Hehe :)
Rindu ? Dah kenapa aku ni nak rindu bagai ? 
Bagai pungguk rindukan bulan ke ?
Eh ! taklah .. Sebenarnya rindu dengan mesej dari seorang sahabat ni . 
Biasanya , sebelum dia tidur mesti dia bagi mesej kat aku . 
Dia selalu ingatkan aku . Macam lagu Ana Raffali , " tolong ingatkan aku ..." hehe 
Mesej dia macam ni ;
Assalamualaikum , Time to sleep !
Okay , before sleep , I should meet my friend .. You are really special for me .. Don't forget to pray doa' tidur , mengucap dan selawat okay .. May Allah bless you dear .. May our friendship till jannah . Sayang awak kerana Allah ..

Inilah antara mesej dia . Sebenarnya banyak versi dia hantar . Nampak tak ? dia sayang saya ! :) Aku tau dia memang sayang aku . hehe .. Dia selalu ingatkan aku . Tapi semenjak dua menjak ni , dia dah tak hantar dah . Kenapa eh ? Aku berfikir mungkin dia takde kredit . Ataupun , dia dah malas nak hantar kat aku sebabnya setiap kali dia hantar , aku tak balas pun . Sebab aku takde kredit .. hehe :) sorry ye dear ^^ Setiap malam mesti aku tunggu dia bagi mesej kat aku . Tapi beberapa hari ni , dia tak bagi pulok . Takpela , mungkin dia takde kredit kott . Positive thinking ! Tapi sungguh , aku rindu mesej dia ! Aku harap dia tak jemu nak bagi mesej macam ni kat aku hari2 . Awak , bagi lagi ye :) Rindu ni .. Terima kasih :)

p/s : ni perempuan tauu ! Don't mess my mind to think about boys !


Awak tak bersalah

Assalamualaikum ..
tiba-tiba hati ini terasa untuk menaip meluahkan hasrat yang terbuku di hati . tapi sebelum tu , aku nak minta maaf . dan aku nak korang semua tahu yang aku sedang bercerita tentang seorang sahabat aku dan dia seorang perempuan . jangan salah faham ye . Okey , selepas membaca sebuah entri dari blog sahabat sendiri , tetiba hati ini terasa untuk menjawab segala persoalan yang berada di hati dia .
Sahabat , awak tak bersalah .. Aku tau semua ni salah aku . Aku minta maaf . Kalau selama ni kau fikir aku tak jawab atau jawab acuh tak acuh mesej kau , aku minta maaf sangat . Itu sebab ; 
1) Aku takde kredit 
2) Aku sedih sangat2 dan aku kecewa waktu tu ( bukan sebab putus cinta , tapi sebab lain )
Aku harap sangat kau faham perasaan aku waktu tu . Aku tau , kau terlalu baik untuk aku . tak macam aku . Aku tak tau kenapa , aku nak nangis baca entri kau . Aku tak pasti adakah entri tu memang untuk aku , ataupun tak .. tapi , aku harap kau baca entri ni .. Aku tau aku ego . Kalau kau kata kau ego , tapi aku lagi ego dari kau . Cuba kau kira , berapa kali aku pernah kata aku sayang kat kau ? Boleh kira kan ? Sebab apa aku jarang cakap yang aku sayang kau ? Sebab bagi aku , SAYANG tak boleh diungkap dengan kata2 . Tapi aku nak kau tau yg , " SAYA SAYANG AWAK , SAHABAT ! " .. Ini sebab aku nak kau tau yg aku sayang kau walaupn aku tak cakap .. Walaupun nanti kita tak sama dorm , tak sama kelas .. tolong jangan lupa aku . aku tau kau cakap cmtu sebab nak jaga hati aku . tapi aku tau bnda tu takkan terjadi . sebab tu aku cakap , jangan bagi harapan yang tak pasti . jangan cuba terbang tinggi kalau takut jatuh . nanti jatuh susah . Sebenarnya , apa yang aku ckap tu aku maksudkan . tapi takpe , aku tak kisah .. tapi tolong jangan lupa aku . tolong aku . Tolong tarik aku , kalau aku jatuh . tolong bantu aku kalau aku tersungkur . Tolong . Tolong . Tolong . Terima kasih sebab sudi jadi sahabat aku . Ya Allah , terima kasih sebab kurniakan dia untuk aku .

KAHWIN MUDA ?

Assalamualaikum :)
Dah lama tak bercerita kan ? 
Okey , hari ni Ain nak cerita sikit . Nampak tak tajuk kat atas tu ? Kahwin muda ?
Hehe :) Macam takut je kan . Cerita nya macam ini .
Petang tadi , aku ngan family pergi kenduri rumah mak mertua kak long . Then , jumpalah kak long kat sana .
Time tengah makan tu , tetiba kak long cakap macam ni .
" Ain , Along ada berkenan dengan seorg budak ni . Nak bagi dia dengan Ain , tapi Ain muda sgt pula . Dia dah 24 tahun dah " , kata Along .
Aku pun cakaplah , " Eh , apa Along ni ? "
Along sambung , " Eh , betullah . Boleh tahan orangnya ."
Aku pun gelak jela . Haha :) Macam kelakar kan ? Aku baru 15 tahun dan budak tu 24 tahun . Jauh tu . Hehe :) Along2 . Aku pun tak faham kenapa semua orang macam nak jodoh2kan aku . Macam hari tu , masa kawan abang Luqman yang budak DQ tu dtg time puasa.Tgh buka tetiba Along cakap , " Angah , boleh tahan kan budak tu . " Then , Along ngan Angah sengih2 je pandang aku . Aku pun malas nak layan . Buat tak tau je . Haih ? Along , Angah , Abg2 , Mak Ayah .. Nantilah dulu . I'm not ready yet . Eceh ayat , macam dah nak kahwin je .
Eh2 tak , jangan salah faham . Biasa latu . Tinggal aku je prmpuan dalam kluarga yang tak kahwin lagi . Tapi nanti dulu kot . Nak belajar dulu . Nak cukupkan kematangan dulu .
Sebab apa ?
Kematangan itu penting .
Kenapa ?
I know , you have the answer :)
Tadaa~