PENGHIJRAHAN seorang hamba
Bismillahirrahmanirrahim .. assalamualaikum w.b.t .
jari-jemari pantas menulis tinta meluahkan hasrat di hati . hati terasa sebak . perit . hatinya kini merasakan ...
solehah ke aku ni ? layak ke aku menjadi ahli syurga ? apetah lagi bidadari syurga ..
menitis air matanya untuk sekian kalinya . hatinya berbisik .
aku ingin berubah . tetapi mengapa ada sahaja halangan ? antara iman dan nafsu , aku berjuang meraih mahkota cinta dari syurga . iman mengatakan aku boleh melakukannya , tetapi nafsu menidakkannya . Ya Allah , bantu aku !
betapa berdosanya diriku ini . aku mencampakkan diri aku ke lembah penzinaan . pada mulanya , aku hampir berjaya untuk sampai ke puncak penghijrahan . tetapi aku jatuh lagi , aku tersungkur . sedih . semua bercampur baur . aku berhubung dengan ajnabi ku . aku berhubung dengan orang yang tidak halal bagiku . aku tahu semua tu , tapi kenapa aku masih buat lagi ?!
hati berbisik ,, " nurul , mana pendirian kau ! kau nasihat orang , tapi tengoklah diri kau sendiri ! layak ke kau ?
Ya Allah , menitis air mataku di atas di atas sejadah . mengingatkan dosa-dosaku yang dulu . teringatkan sahabat-sahabatku . di mana mereka ? aku terlalu merindui mereka . aku sayang mereka . mengapa mereka tidak menarik aku ketika aku jatuh ? mengapa mereka tidak menarik aku ketika aku tersungkur ? mungkin bukan salah mereka . ini semua salah aku .
Ya Allah , aku ingin berubah ! Kau bantulah aku . Kau berikanlah aku petunjuk untuk meraih cinta-Mu . cinta Rabb-ku . cinta Tuhanku . cinta yang paling Agung dan takkan pernah mengecewakan .. dan sahabat-sahabatku , kau bantulah aku ini . aku ingin sama-sama ke syurga .
selama ini , ibu bapaku yang banyak mendorong ku . aku taknak mengecewakan mereka ! aku taknak air mata yang tumpah kerana kesedihan , tetapi aku nak air mata mereka yang tumpah itu kerana kegembiraan . kegembiraan di atas kejayaan ku . bukan untuk menangisi kegagalan ku .
aku bertekad pada diri aku . aku akan berubah ! aku taknak terus tenggelam . In shaa Allah , dengan cinta petunjuk dari Rabb-ku , aku akan mampu untuk melakukannya !