LOVE IN RABBI
tak kenal , maka tak cinta !

Assalamualaikum! Boleh panggil Ain :)Ujian itu indah kerana ia adalah penghapus dosa . Untuk mengenali diri ini , jenguk2lah blog ini . Kalau ada yang silap , tegurlah :)


Entries About Linkies Stuff


Chatting Box

Your rules
Your rules
Your rules
Your rules

Code CBox SINI!

Credit

Template: Safira Nuril Izzah
Template: Intan and Yaya
Others:   


YA ALLAH ! AKU LEMAH !

ya Allah ! bergaduh ? seumur hidup aku , aku tak pernah bergaduh dengan syabab seteruk ni . ya Allah ! kenapa dengan aku ni ? semua ni salah aku ke ? aku selalu berfikir . sehingga kan satu hari tu , aku migrain . aku migrain sebab aku terlalu stress memikirkan masalah ni . migrain aku teruk sangat hari tu . 
aku merintih dalam hati " ya Allah ! ain , kau ni kenapa ? kenapa fikir sangat masalah tu ? kau ni seolah-olah menyeksa diri kau tau tak ? "

aku diam je . tak banyak berbicara dengan kawan aku selepas pergaduhan tu .setiap hari aku menangis , setiap hari aku memikirkan untuk menyelesaikan masalah ni . sungguh ! waktu tu aku rasa tersangat lemah . tak sanggup untuk menghadapi ujian seberat tu . tapi aku bersabar . aku istighfar dalam hati .
" astaghfirullahal'azim .. ain , jangan layan sangat perasaan ni . ni semua mainan syaitan . jangan terpedaya ain .kuatkan hati , iman .. " 

hari jumaat , aku tak selera nak makan kat kantin . kawan-kawan aku semua pergi . tinggal aku seorang je dalam kelas tu . disebabkan aku seorang je dalam kelas tu , aku baringkan kepala aku kat atas meja . tetiba ada orang masuk kelas . aku pun tengok la . rupa-rupanya , orang tu adalah syabab yang gaduh ngan aku . aku takut sangat waktu tu . aku fikir dia akan kutuk aku depan2 . sebab waktu tu aku seorang . ya Allah ! sungguh ! aku nak menangis waktu tu . tapi hati kuat mengatakan sabar .
tiba-tiba , dia panggil nama aku .aku tak sanggup nak pandang dia . aku benar2 takut sebab aku seorang tanpa kawan . hanya aku dan dia . waktu dia cakap dengan aku , aku tak pandang dia . aku takut kalau aku pandang dia aku akan menangis . betul apa tekaan aku . aku menangis waktu tu . tapi aku tahan . selepas dia nampak kawan aku nak masuk ke kelas , dia pun habiskan percakapan dia . lepas tu , kawan aku terus datang kat aku dan cakap " tula , aku suruh ikut pergi kantin taknak . " .. aku cakap ngan kawan aku . " tinggalkan aku . aku nak berseorangan .. " .. aku keluar dari kelas dalam keadaan aku menangis . aku ambil keputusan aku nak telefon mak aku . selepas aku telefon mak aku , baru aku lega sikit . dan aku masuk kelas untuk meneruskan belajar . dan aku biarkan masalah ni untuk seketika ..