LOVE IN RABBI
tak kenal , maka tak cinta !

Assalamualaikum! Boleh panggil Ain :)Ujian itu indah kerana ia adalah penghapus dosa . Untuk mengenali diri ini , jenguk2lah blog ini . Kalau ada yang silap , tegurlah :)


Entries About Linkies Stuff


Chatting Box

Your rules
Your rules
Your rules
Your rules

Code CBox SINI!

Credit

Template: Safira Nuril Izzah
Template: Intan and Yaya
Others:   


Di sebalik kepahitan itu ada kemanisan

Bismillahirrahmanirrahim 
Alhamdulillahi rabbil 'alamin , wasshoatu wassalamu 'ala ashrofil anbiya'i wal mursalin wa'ala alihi wa ashhabihi ajma'in . syukran jazilan ila roisatul barlaman , safful hukumah , wa ashdiqail judud min safful mu'aradhoh , al hadiruna wal hadirat wa a'adhoul barlaman wa a'izza' jami'an . 
assalamualaikum warrahmatullahi wabaratuh wa salamun munazoroh =)
 eceh .. tetiba pulak nak berdebat sini . hehe .. alhamdulillah , baru-baru ini ana baru menyertai pertandingan debat bahasa arab peringkat daerah . Alhamdulillah , di sebalik kepahitan yang dirasai selama ini , ada kemanisan di akhirnya .ya Allah , dugaan demi dugaan menimpa diri ana sebelum perdebatan .
ana telah diberikan mandat sebagai menteri kedua . sudah tentu tugasnya agak berat. ana perlu menyiapkan dua hujah dan bidasan .cuba bayangkan ana kena buat lebih kurang sepuluh teks untuk debat semi final dan final . tak mampu ana nak buat semua itu seorang diri . mujurlah ada sahabat ana yang membantu ana . alhamdulillah , selepas dah siap di "translate " oleh ustazah , ana pun simpan di dalam beg . 
sehari sebelum perdebatan kami perlu menyusun semula fail2 yang banyak tu . kami berulang alik untuk mencari tempat untuk "bertapa" la kononya dengan fail yang banyak tu . ada seorang kawan ana tak sampai hati tengok ana bawak beg dan fail kiri kanan tangan ana ., jadi , dia pun tolong ana. dia tolong bawakkan beg ana .
lama lepas tu baru kami jumpa tempat untuk "bertapa" dan mencari maklumat .. kami pun leka mencari maklumat dan translate teks yang belum siap dan sebagainya .
******************************************************************
petang sebelum perdebatan ,,,
eh2 .. mana teks ana ni ? " soal sendiri .. ya Allah , teks dan bidasan ana hilang .
cuba bayangkan esok nak berdebat , petang sebelum berdebat tu teks hilang . ya Allah , tak keruan ana . ana cuba ingat kembali mana ana letak beg ana . baru ana ingat , beg tu kawan ana yang bawak . jadi , ana pun tanya dia . dia kata dia dah bagi ana . tapi ana kata takde . dia kate mungkin tertinggal kat bilik ict tadi .. ya Allah , semua saham ana ada dalam ana dalam tu . tetapi tetiba hati ana kata " ain , sabar .. Allah tengah uji tu " .. ana pun dengan tak keruan buat semula teks2 yang hilang tu .. 
****************************************************************
malam pun tiba .. teks tak siap translate lagi . ana semakin tertekan . ana buat teks tu sampai pukul 2.00 pagi ngan sahabat ana .Alhamdulillah , akhirnya lebih kurang nak dekat pukul 3.00 pagi teks pun dah siap di "translate " .cuma belum siap tulis elok2 dalam kertas A4 je .. waktu tu kami kat APD Al-Biruni ( usually ) , selepas itu kami sambung di bilik iron . dan masa tengah buat kami tertidur kerana mengantuk sangat . 
****************************************************************
sedar2 je dah azan . Allah ! dah azan . kelam kabut waktu tu . cepat2 solat dan mandi . lebih kurang pukul 7.00 kami dah siap . kami pergi dewan makan , tapi rasa tak lalu nak makan . mungkin sebab takut dan penat kot . kemudian , kami naik kat APD untuk ambil barang , fotostat . selepas itu , kami membaca doa sebelum berangkat ke SAMPP . ya Allah , sungguh syahdu doa pagi itu . dengan hujan gerimis membasahi bumi . tanpa disedari sewaktu berdoa , butir-butir mutiara jatuh membasahi pipi . kami berasa sangat sedih dan tak bersemangat pada awalnya . tetapi jika ada yang tak bersemangat , ada yang memberi semangat .. selepas membaca doa rabitah , kami merasakan Allah memberikan kami sedikit kekuatan . kami semakin yakin , in shaa Allah =)
***************************************************************
sesampainya di SAMPP , kami mendaftar and get ready . sebelum itu , kak anies datang memberi semangat . kak anies sempat lagi tangkap gambar kami yang kononya nak syko orang .. hehe .. jahat tak kami ? tidak ,, hehe



dari kiri : syarah , ain (saya ) , isma , aina , najwa 
muka pendebat-pendebat IHSOS 


kemudian , kami mencari tempat debat kami . selepas puas kami mencari sendiri kerana tiada usher  , baru jumpa . sewaktu kami tiba , rupanya pasukan lawan kami pun sudah tiba . 
IHSOS vs SAMMPS 
kami tunggu demi tunggu . tetiba shima datang dan memberitahu bahawa perdebatan kami ditangguhkan kerana tiada hakim untuk menghakimi kami . pada awalnya , kami agak geram kerana perdebatan mula sangat lewat . tetapi sahabat ana kata , mungkin Allah nak bantu kita melalui cara ini . maksudnya , kami boleh menyiapkan apa yang belum selesai lagi . dalam waktu menunggu perdebatan kami , kami telah selesai menyiapkan semuanya . Alhamdulillah , terima kasih Allah ! 
*******************************************************************
tidak lama lepas tu , kami mulakan perdebatan . sebelum perdebatan sempat lagi pihak lawan kami, syko kami dengan kata2 yang kononya akan menjatuhkan semangat kami . tetapi kata2 mereka langsung tidak menjatuhkan semangat kami , malah mereka lagi meningkatkan semangat kami un tuk berdebat dengan mereka . 
tibalah masanya .. perdebatan bermula ,, perdebatan yang agak sengit . kerana apa , dalam perdebatan inilah kami ingin membalas dendam . kerana apa ? kerana ana sangat geram kerana mengatakan kami macam2 . jadi , ana takkan guna taktik kotor , tetapi ana guna kan cara yang betul . ana dan sahabat ana membalas dendam kepada mereka dengan memberikan izin laluan yang sangat banyak . lagi2 kepada pembangkang kedua . sebab dia yang banyak menyakitkan hati ana . dahlah dia tu syabab ! ana tak suka syabab macam tu .
akhirnya , sesi perdebatan pun telah selesai . kami menunggu keputusan daripada hakim samada kami layak untuk masuk ke final ataupun tidak . tunggu punya tunggu .. akhirnya , keputusan diumumkan .. Alhamdulillah , kemenangan berpihak kepada kami . usul kami diterima sebulat suara . dan Alhamdulillah , ana telah dapat menjadi pendebat terbaik ! ya Allah , betapa gembiranya ana waktu tu Allah je yang tau ! 
*********************************************************************
perdebatan antara IHSOS vs SAMDOR
waktu final , kami tersangatlah letih . tetapi kami tidak terlalu tunjukkan yang kami ini letih . mana tidak letih , dari pagi sampai petang kami tak makan langsung . waktu berdebat , isma mengantuk . ana pening kepala , syarah kelaparan . semua dah tak larat . tapi kami cuba sbaik mungkin . Alhamdulillah , akhirnya habis juga perdebatan antara IHSOS dan SAMDOR .
sebaik habis je perdebatan , kami terus solat sebab waktu tu dah lewat sangat . dah pukul 3.00 petang . kami cepat2 pergi musolla untuk solat . selepas selesai solat , kami terus ke dewan kerana ada sesi pengumuman keputusan .
dan waktu itu juga pendebat USIM nak bertolak ke USIM . tetapi kami menerima yang agak sedih . anak ustzh normala sakit demam campak . ya Allah , menangis ustzh waktu tu kerana anak ustzh kecil lagi . kami di sini hanya mampu mendoakan ustzh dan anak ustzh baik2 sahaja . selepas bersalaman , mereka bertolak ke USIM dan kami terus masuk ke dewan untuk mendengar pengumuman pemenang bagi setiap pertandingan ..
agak lama kemudian , johan bagi acara debat bahasa arab menengah rendah ........
SAMT Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Batu 38 !!! 
ya Allah , kami sangat gembira kerana debat bahasa arab menengah rendah dan menengah atas kami jadi johan . ya Allah , kami saling berpelukan . tidak sedar butir-butir mutiara jatuh membasahi pipi kerana terlalu gembira . KEMENANGAN kami adalah untuk USTAZAH NORMALA yang sentiasa membantu kami ..
dan kak Azlinie memberitahu bahawa aku telah menjadi pendebat terbaik sekali lagi untuk final . ya Allah ! sungguh ! KAU Maha Pengasih lagi Maha Penyayang ! di sebalik kepahitan yang kami rasai sebelum perdebatan , ada kemanisannya setelah perdebatan .  
p/s : Allah takkan menguji seseorang itu jika dia tidak mampu .Allah tahu apa yang terbaik untuk kita .