SICK
Assalamualaikum . Apa khabar semua ? harap semua sihat . Tapi diri ini yang kurang sihat . Doakanlah semoga diri ini cepat sembuh .
Mesti korang semua tertanya-tanya saya sakit apa sebenarnya kan ? ( walaupun tak sebenarnya )
actually , saya sakit taklah teruk mana . tapi m/c atau cutinya lama betul . hehe .. al maklumlah , anak bongsu . * eh , tetiba . apa kaitan ? lantaklah (= *
saya sakit kaki je sebenarnya . je ? aishh ! teruk juga la . tak boleh bangun dan jalan . jalan pun macam orang baru nak belajar je . ceritanya cenggini ..
hari khamis lepas , kami ada PJK . subjek kegemaran kami . release tension katanya . pffft .. okey , lepas tu .. kami pun bersenam la . kami rancang nak main baling kasut . semua tahu kan ? best kan ?
kami main happily giler la . dah la time tu saya tengah puasa . memang tak terasa langsung . lepas main tu baru teringat yang kami semua tak warming up . bagus tak ? bagus kan ! memang kaki ni hampir kejang juga la . dahlah lari tak ingat dunia . okey , saya dah start sakit kaki . terasa urat macam tegang je .okey , rileks je waktu tu . hari jumaat pun tak rasa sangat .
okey , tiba hari sabtu . kami ada pertandingan antara MKA . Pertandingan Rondes ! haha .. best sangat :) main happily ~ trademark kami MKA Tarbiah :
~ play for ALLAH
~ win for ALLAH
dalam dok main2 tu , tetiba saya terjatuh . tapi waktu tu tak kisah lagi . lari lagi . lepas tu , ada bagi tahu akak tarbiah juga , kaki saya dah mula sakit . tapi ingat kan takde apa2 . jadi , biarkan je .
hari ahad ~ bangun subuh sebab pagi tu ada sukan sekolah kat stadium . tetiba bila bangun , nak berdiri tapi tak boleh . panggil kawan tolong saya bangun . lepas tu nak bangun mandi , tapi kaki rasa berat sangat nak berjalan . tapi kuatkan juga .
kat stadium ~ parah juga sakit kaki saya ni . nak duduk pun kena dibantu . nak berdiri pun kena dibantu .nak berjalan pun lambat . dahlah masuk perbarisan FIRQAH UTARID . ha , tu satu lagi . dahlah main hentak2 kaki depan juri tu . makin sakit la kaki saya ni . Alhamdulillah , menang juga perbarisan walaupun kaki sakit .
balik tu , saya terus baring atas katil . saya tertidur tak sedar dah pukul 10.00 malam . tu pun kawan kejut suruh pi mandi . seriously , tak larat sangat nak bangun mandi . mata merah , badan pun nak demam . tapi nak macam mana ? kena gagahkan jua nak pi mandi malam2 buta tu . lepas mandi tu baru lega sikit . baru selesa nak tidur . hari isnin tak sekolah sempena cuti sukan hari ahad . hari isnin tu agak teruk jugak la . nak bangun pun susah . petang tu , gurau2 dengan kawan . then , konon2 nak touching la , jatuh katil . perghh ! seriously sakit . lepas tu , syarah datang urutkan . Masya-Allah ! sakitnya hanya Allah yang tahu . sakit sangat sehingga menangis-nangis aku waktu tu . lepas urut tu , memang saya ni tak boleh nak bangun . semua pakat nak bawa saya pergi hospital . tapi saya taknak . nak suruh saya balik la ( yang tu saya nak (: ) then , semua pakat suruh saya berehat dulu . esok baru pergi hospital . semua angkat saya dan baringkan atas katil . selimutkan saya . saya memang tak boleh nak gerak dah waktu tu . menangis saya untuk sekian kalinya . sebab apa ? sebab kaki saya tak boleh gerak . saya ingat saya lumpuh . kawan saya kata nanti elok la tu . haha .. bila fikirkan balik macam kelakar pun ada .
esoknya~ saya pergi sekolah dalam keadaan kaki yang macam tula . kesakitan :( .. kawan2 saya tak jadi nak bawa saya pergi hospital , tapi nak bawa saya pergi mengurut . tidakk ! memang la saya taknak . sakit ohh ! lepas dipujuk , saya pun hanya menurut . lepas solat asar , syarah pergi jumpa warden . saya hanya terbaring atas katil dalam dorm . menunggu dibawa mengurut . saya tertidur . saya dikejutkan oleh syarah . dia cakap yang warden suruh saya balik . nanti ayah datang ambil . memang terkejut la saya waktu tu . warden dah call ayah saya suruh ambil saya suruh bawa saya pergi urut . sebab warden tak tau dekat sini mana yang ada tempat mengurut . jadi , petang tu saya balik ! hehe (: .
warden kata cuti sampai saya sihat . jadi , saya akan balik hari ahad . Doakan kesembuhan saya .
#p/s : terima kasih kepada kawan2 yang sudi menjaga saya sewaktu saya sakit . jasa kalian hanya Allah yang dapat membalas ;)