MANISNYA UKHUWAH
Ukhuwah ?
Penting ke ukhuwah ? Perlu ke ukhuwah ?
Sahabat , sungguh kini aku rasa manisnya ukhuwah itu sebenarnya .
Sungguh , aku kesal dengan sikap aku yang tidak mahu bergaul ?
Tidak mahu ? Tidak suka ?
Tidak , bukannya aku tidak mahu . Bukannya aku tidak suka .
Tetapi , aku takut aku tidak mampu .
Aku tidak kuat .
Mungkin mereka hanya mahu bergurau , bercanda .
Tetapi entah kenapa hati ini terlalu sensitif ?
Jangan risau , aku sudah memaafkan kau sahabat .
Tetapi terlalu susah untuk aku melupakan apa yang telah kau buat ..
Sakit . Perit .
Mungkin gurauan pada kau , tetapi tidak untuk aku .
Sahabat ,
Setelah aku lihat apa yang telah kau tulis atas permintaan maafmu , sungguh aku terharu .
Walaupun aku tau maaf itu bukan ditujukan untuk aku , tetapi aku tahu maaf itu betul2 dari hati kau .
Sungguh , baru aku rasa manisnya ukhuwah itu .
Sungguh , baru ku tau betapa rindunya aku akan ukhuwah yang terbina ini .
Sungguh , baru aku sedar bahawa betapa aku sayang ukhuwah ini .
Sungguh , aku akui kekesalan aku pernah membenci ukhuwah ini .
Sahabat ,
Aku harap ukhuwah ini akan terus terjalin dan terbina walaupun kita tidak bersama .
Aku harap ukhuwah akan terjalin di atas landasan yang betul
Aku harap ukhuwah ini akan berpaksikan Allah yang Maha Esa .
Sahabat , untuk bersatu kita perlu kembali kepada yang SATU :)
p/s : terima kasih sahabat ! :)